Silat Melayu Community

The Malaysian Martial Heritage

BAJU SILAT Year End Sale

HARAP MAAF. TAWARAN INI SUDAH BERAKHIR
BAJU BINA SEMANGAT
Pakaian pendekar adalah teman paling setia anda ke gelanggang. Baju silat inilah yang banyak menyuntik semangat untuk bersilat. Malangnya, baju yang murah seringkali mengecewakan dari segi kualiti, dan jika berkualiti, mahal pula. Biarlah kami selesaikan masalah itu! SMC menawarkan Baju Silat berkualiti tinggi berjenama AG-ASI pada harga paling murah! Hanya RM55! Kenapa? Tidak percaya?


KUALITI, KESELESAAN & PENJIMATAN
Sebagai menghargai semangat silat anda, kami mengadakan jualan stok terhad hujung tahun Baju Silat AG-ASI khas buat ahli SMC. Berkain 100% kapas penuh, persalinan ini ringan, mampu serap peluh dan tidak panas. Baju, seluar dan tali pinggang dimatikan warna hitamnya supaya tidak mudah turun, meskipun dibasuh berkali-kali! Didapati dalam kebanyakan saiz, sehingga stok masih ada.

5 SEBAB ANDA PERLU BERTINDAK SEKARANG
5. Belum tentu bila lagi tawaran ini akan muncul lagi.
4. Stok adalah amat terhad
3. AG-ASI jenama syarikat Islam-Bumiputra Malaysia dan antara pendokong utama usaha SMC.
2. Diskaun khas akan diberi untuk pembelian melebihi 10 unit sekaligus.
1. Dipuji oleh pesilat yang pernah membelinya.

TESTIMONI PEMBELI LALU
Baju silat ini sudah dibeli oleh ramai ahli SMC tanpa rungutan langsung! Bacalah antara testimoni mereka di bawah:

Mohd Khalid Redzwan Abd Aziz, jurulatih Silat Gerak Tangkas Suci Kuantan
"Saya juga amat berpuas hati dengan uniform tersebut. Walaupun harganya murah tetapi kualitinya amat baik 'menang membeli, menang memakai'."

Safarizzatussiman @ Saifulbahri, jurulatih Silat Sendeng Johor.
"Saya membeli Baju Silat AGS-01 saiz 7. Saya amat berpuas hati setelah meneliti keseluruhan uniform ini. Saya dapati mutu kain yang digunakan amat bagus serta jatihannya amat kemas. Sangat selesa dipakai dan sesuai untuk aktiviti lasak. Harganya murah berbanding kualitinya yang amat baik. Kesuciannya juga terjamin."

Zainuddin Abu Bakar, jurulatih Silat Harimau Putih, Johor
"Baju silat yang dijual amat berkualiti, kainnya tebal dan tahan lasak, tetapi tidak panas, menyerap peluh dengan baik dan tidak menyebabkan pakaian (baju silat) saya berbau busuk walaupun saya memakainya 4 hari berturut-turut... Saya benar-benar berpuas hati dengan produk tersebut ... Harganya juga amat berpatutan."

Add a Comment

You need to be a member of Silat Melayu Community to add comments!

Join Silat Melayu Community

Comment by Muhd Haziq Asyraf on April 7, 2011 at 9:39
baju silat nie tampa logo atai dgn logo sekali??
Comment by Amir Han on September 5, 2010 at 12:18
urm kalo sy nk bli bju silat ini bagaimana??

SMC Contributors

Thank you to those below who contributed financially to allow SMC to continue its service.
Mahadi Sabri Abdullah

Badge

Loading…

About

Advertisement

 

© 2013   Created by Mohd Nadzrin Wahab.

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service