Silat Melayu Community

The Malaysian Martial Heritage

Beladiri Jurus Senjata Lapan Pak Mat Kedidi

Information

Beladiri Jurus Senjata Lapan Pak Mat Kedidi

Beladiri Jurus Senjata Lapan Pak Mat Kedidi is a compact, hard and fast syncretic Buah Pukul Mersing style founded by Pak Mat Kedidi of Johor.

Website: http://www.senjatalapan.com/
Location: USJ, Selangor
Members: 17
Latest Activity: Apr 4

Pengasas Senjata Lapan

Mohamed bin Chik atau lebih dikenali sebagai Pak Mat Kedidi mula menuntut Buah Pukul dari ayahnya sendiri.

Sewaktu berusia 9 tahun, beliau ke Kelantan untuk menambahkan ilmunya. Ketika berumur 19 tahun pula, beliau berguru dengan Awang bin Idris, iaitu abang iparnya.

Pada tahun 1939, sewaktu berumur 27 tahun, beliau menyertai pasukan polis dan ditugaskan di sempadan Siam. Di sana, beliau sempat berguru aliran Tomoi dengan Tok Chah, seorang guru yang masyhur di Padang.

Berkat kegigihan Pak Mat Kedidi, beliau menjadi juara Tomoi di Padang dengan gelaran ‘Black Beetle’ (Kumbang Hitam). Selepas itu, beliau berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Sungai Belum, Melaka untuk berguru dengan Long Aman bin Ujang dalam aliran Sendeng Asli Muar, di mana Pak Mat Kedidi turut mendalami seni Tekpi.

Pak Mat Kedidi yang turut menuntut Buah Pukul dari Cu Aman akhirnya menerima ‘Nukil’ (Catatan Salasilah Perguruan) daripada gurunya itu pada tahun 1961 di samping disuruh berguru dengan Kadi daerah Mersing ketika itu iaitu Sani Abu Samah.

Pada 1972, sebelum bersara, beliau bersahabat dengan Pak Manas, guru silat Sunting Johor dan berjumpa dengan abang sepupunya, Haji Ahmad Awang, mufti kerajaan negeri Johor ketika itu.

Setelah bersara, Pak Mat Kedidi mengembangkan seni ini yang menggabungkan Sendeng, Sunting, Buah Pukul Mersing dan Tomoi di dalam satu permainan yang kukuh dan mengekalkan identiti dan konsep asas buah pukul iaitu, "Hendak Mengena, Tak Nak Kena"

Discussion Forum

This group does not have any discussions yet.

Comment Wall

Add a Comment

You need to be a member of Beladiri Jurus Senjata Lapan Pak Mat Kedidi to add comments!

Comment by gandaarum on November 6, 2010 at 13:34
latihan senjata8 diadakan pada jumaat malam sabtu jam 9.30pm dan ahad pagi 9.30am. untuk maklumat lanjut sila layari web seperti link di bawah. salam :)
Comment by Mohd Nadzrin Wahab on February 2, 2010 at 13:45
Comment by Aziem Azemi on January 30, 2010 at 1:43
salam..
cikgu,apa laman web yang cikgu cakap kat gelanggang malam tadi..??
saya lupa nak tanya balik...
Comment by YAZID ABDUL RANI on December 9, 2009 at 11:09
Senjata lapan ini berasaskan buah pukol dan diasakan oleh Pat Mat Kedidi. Permainan ini ada sedikit persamaan dgn lian Padukan kerna PMK juga pernah mengasaskan LP, dan saya sendiri pernah menjadi ketua jurulatih LP. Cuma bezanya Jurus senjata lapan ni lebih padat, ringkas, mudah dan senang dipelajari. Ianya lebih menitik beratkan latih tubi dan kefahaman. Okjebtif JS8 ini ialah SILATTURAHIM,SIHAT SELAMAT.
Comment by black_sword on December 8, 2009 at 11:46
salam,,
boleh jelaskan serba sedikit tentang seni ini
abg yazid?
Comment by Ahmad Indra on December 3, 2009 at 22:21
salam. semua.
Comment by Shazli on December 3, 2009 at 15:08
Salam. Masuk, jangan tak masuk. Selamat Hari Raya Haji (belated).
Comment by Aziem Azemi on December 2, 2009 at 16:39
lepas spm saya pergi insyaallah...
Comment by Badrul Isham on December 2, 2009 at 16:18
Datanglah gelangang Cikyu Yazid....
Comment by Aziem Azemi on December 2, 2009 at 12:34
salam..
sila beri tunjuk ajar..
 

Members (17)

 
 
 

SMC Contributors

Thank you to those below who contributed financially to allow SMC to continue its service.
Mahadi Sabri Abdullah

Badge

Loading…

About

Advertisement

 

© 2012   Created by Mohd Nadzrin Wahab.

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service