Silat Melayu Community

The Malaysian Martial Heritage

Information

Senaman Tua

Senaman Tua is a traditional Melayu exercise form founded by guru Azlan Ghanie and is based on silat, traditional exercise and natural Melayu movements.

Website: http://www.senamantua.org
Location: Kuala Lumpur
Members: 71
Latest Activity: Jun 21, 2012

Senaman Tua Profile

Senaman Tua (ST) - an excerpt
SENAMAN Tua diasaskan Azlan Ghanie, yang berasal dari Pahang, bertujuan memperkuatkan fizikal dan mental berdasarkan Silat Lok Sembilan diwarisi daripada ayahnya.

Dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami masalah kesihatan ketika kecil, beliau yang kini berusia 47 tahun berkata, beliau lumpuh separuh badan pada 1990 dan pulih secara beransur-ansur apabila mengamalkan senaman berdasarkan silat itu.

Apabila menerbitkan majalah Seni Beladiri, saya berusaha memperkenalkan Senaman Tua yang berasaskan silat kepada orang ramai.“Senaman ini menekankan aspek pernafasan dan setiap pergerakan adalah berasaskan petua yang mempunyai pelbagai variasi dan mempunyai nama seperti tari piring dan selak dahan,” katanya.

Berbeza dengan silat yang kadang-kadang boleh menyebabkan tubuh sakit, senaman itu menyebabkan tubuh pengamal menjadi lebih segar dan cergas.

Oleh kerana berasaskan silat, katanya, sesetengah pergerakan senaman itu boleh menjadi seni mempertahankan diri yang berguna kepada pengamalnya, terutama wanita dan orang tua yang menjadi sasaran penjenayah.

Katanya, senaman itu melatih kepekaan otak untuk meramal bahaya dan mendorong tubuh memberikan tindak balas sewajarnya.

Sementara itu, Pensyarah Sains Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Tengku Fadilah Tengku Kamalden, ketika ditemui selepas sesi latihan Senaman Tua berkata, senaman itu menggerakkan otot yang jarang digunakan seperti belakang tengkuk, hujung jari, belakang bahu dan pinggang.

Katanya, ini berbeza dengan latihan ahli sukan yang hanya memberi perhatian terhadap otot besar tubuh.“Kesan yang saya alami selepas mengamalkan senaman ini ialah pengaliran darah dan penglihatan lebih baik,” katanya.

Setiausaha, Aini Mohd Yusof, pula mendakwa masalah kroniknya, yang tidak boleh lama berdiri dan duduk hingga terpaksa makan ubat penahan sakit ketika mengerjakan haji hilang secara beransur-ansur selepas mengikuti program senaman itu selama tiga bulan.

FAKTA

Faedah senaman
Meningkatkan kecergasan, keceriaan dan keyakinan diri
Menguatkan otot jantung dan paru-paru
Memperbaiki sistem penghadaman dan selera makan
Meningkatkan daya ketahanan badan
Mengekalkan kekuatan otot dan tulang untuk memudahkan pergerakan
Mencapai dan mengekalkan berat badan unggul
Membantu tidur lebih lena
Memperbaiki peredaran darah dan melindungi dari serangan sakit jantung
-Dari Berita Minggu

Discussion Forum

This group does not have any discussions yet.

RSS

Loading… Loading feed

Comment Wall

Add a Comment

You need to be a member of Senaman Tua to add comments!

Comment by muhammad abdullah on March 3, 2010 at 23:14
salam hormat..sesiape yg mahu belajar senaman tua di johannesburg south africa,boleh la kontek saya...
Comment by ZEEF ARIF on November 12, 2009 at 1:11
boleh jenguk-jenguk ke blog senaman tua ni :

http://terataimelayu.blogspot.com
Comment by Mohd Nadzrin Wahab on September 9, 2009 at 12:08
Salam hormat Riz,

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh lawati http://senaman-tua.blogspot.com atau mesej saya.

Salam persilatan,
Comment by riz on September 9, 2009 at 12:07
salam...
boleh saya tahu lebih lanjut tentang senaman tua...
saya berminat untuk mempelajarinya....
Comment by KAMI_NARUTO3036 on September 5, 2009 at 15:27
saya mmg berminat nak pelajari senaman tua..tetapi saya tidak tahu kelas di p.pinang..berapakah bayaran yang dikenakan.
Comment by Mohd Nadzrin Wahab on September 3, 2009 at 18:20
Salam hormat Kami Naruto,

Bagi mengurangkan lemak, elakkan makanan berlemak tinggi. Gantikan daging ayam dengan tahu atau tempe bagi menggantikan protein. Kurangkan makanan bergoreng dan gantikan dengan makanan yang direbus atau dibakar.

Kurangkan pengambilan nasi kepada separuh. Amalkan makan malam sebelum pukul 6pm dan jangan makan sehingga keesokan paginya. Amalkan berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

Amalkan senaman yang menaikkan degupan jantung melebihi 100 degupan seminit sekurang-kurangnya selama 30 minit setiap hari.

Bagi menguatkan tranverse abdominus, perlu mengamalkan Nafas Melayu atau mana-mana nafas silat yang mengecutkan bahagian perut. Untuk mempelajari Nafas Melayu secara betul, silalah ke mana-mana kelas Senaman Tua.

Salam persilatan,
Comment by KAMI_NARUTO3036 on September 3, 2009 at 16:56
klau nak menghilangkanya mcm mana...klau lemak mcm mana caranya klau otot transverse abdominus ( otot bengkung ) mcm mana caranya...boleh bantu saya...saya mengalami perut buncit yg amat serius gak.
Comment by Kamarul on September 3, 2009 at 0:32
Di Pekan atau Kuantan, di mana kelasnyer?
Comment by Pendekar ZADD on August 29, 2009 at 21:12
Kat Shah Alam ada, Kat Subang ada...banyak tempat ada..kalau ada free, sila rujuk dalam Majalah Seni Beladiri...semua ada dan macam-macam ada..Boleh simpan as reference....kot-kot pindah kawasan boleh jugak tau ada di mana ST yang terdekat.
Comment by KIWI on August 29, 2009 at 15:11
diselangor ada ditubuhkan x?area shah alam..
 

Members (71)

 
 
 

SMC Contributors

Thank you to those below who contributed financially to allow SMC to continue its service.
Mahadi Sabri Abdullah

Badge

Loading…

About

Advertisement

 

© 2013   Created by Mohd Nadzrin Wahab.

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service