Silat Melayu Community

The Malaysian Martial Heritage

BETAKOS - Master Ruzaidi

Information

BETAKOS - Master Ruzaidi

Perguruan Seni Beladiri yang diasaskan oleh bekas pesilat dunia dan kebangsaan Master Ruzaidi Abd. Rahman.. Adunan teknik yang mudah.. kemas dan berkesan.. Beladiri Tangan Kosong

Website: http://betakos.com
Location: Kuala Lumpur
Members: 31
Latest Activity: Dec 23, 2010

BETAKOS - Beladiri Tangan Kosong - Master Ruzaidi Abd Rahman

BETAKOS adalah sejenis beladiri yang diformulakan oleh seorang GURU beladiri yang penuh pengalaman sebenar dalam pengamalan ilmu beladiri. Guru uang dimaksudkan adalah Master Ruzaidi Abd. Rahman. Nama yang tidak asing lagi dalam ilmu persilatan Melayu. Beliau merupakan bekas pesilat negara yang telah banyak mengaharumkan nama Malaysia khusunya dalam silat olahraga. Antara pencapaian beliau ialah :-

~ PINGAT EMAS SEA GAMES 1986
~ PINGAT EMAS KEJUARAAN DUNIA 1990 HOLLAND
~ PINGAT EMAS MERDEKA GAMES 1990 BRUNEI
~ PINGAT EMAS TERBUKA ANTARABANGSA 1990 KL
~ PINGAT EMAS KEJUARAAN SILAT KEBANGSAAN 3 KALI (1988,1989,1990)
~ 2005- MENDAPAT ANUGERAH THE BEST MARTIAL ARTS INSTRUCTOR OF THE YEAR DARI WORLD HEAD OF FAMILY SOKESHIP COUNCIL DI FLORIDA


Berikut petikan dari kata-kata beliau yang baru saja dirakamkan sekitar april 2009:-
Sebagai seorang pengamal beladiri sejati, beliau masih lagi giat dalam ilmu persilatan dan masih lagi melakukan latihan2 beladiri setiap hari selain dari menyumbang ilmunya kepada anak2 Melayu disekitar Kuala Lumpur dan juga untuk anak-anak VIP. Pengalaman yang lama dalam bidang sukan Silat Olahraga Antara kelebihan BETAKOS :-
1. Gabungan dari beberapa pergerakan Persilatan dan ilmu beladiri lain seperti tomoi, boxing dan kali.
2. Semua gerak dan langkah bersenikan silat melayu.
3. Tidak mempunyai "buah" yang perlu di hafal. Buah datang sendiri.
4. Permainan mengikut fizikal pengamal bukan ikut cara fizikal guru.
5. Penekanan dalam falsafah "Air setitik menjadi lautan, tanah sekepal menjadi gunung".
6. Penuh dengan helah, silap dan akal.
7. Tidak menggunakan masa yang lama untuk tamat permainan.
8. Tidak mengamalkan kepada One Step Sparring ( Pukulan bertapak)
9. Formula yang diajar adalah untuk kaedaan realiti dan sebenar.(tiada lakonan)
10. formula teknik yang mudah untuk diulang sebelum menguasai permainan beladri sebenar.
11. Permainan dari guru-guru tua dan guru-guru silat dalam peperangan sebenar.
12. Disertakan permainan ibu senjata tidak terikat dengan mana-mana perguruan. Apa yang anda kuasai itulah permainan anda.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk pesilat Olahraga. Dapatkan tips dan teknik berlawan yang sebenar dari beliau. Bagaimana menjadi juara dan mengekalkan kejuaraan. Pelajari ilmu menewaskan musuh dengan tanpa kecederaan berlaku pada anda. Pelajari BETAKOS anda akan menguasai permaian juara dalam silat olahraga. Bagi Master Ruzaidi, "tiada beza antara silat olahraga dan silat melayu" yang membezakanya adalah kawasan larangan pukulan.

Dapatkan DVD latihan Silat Olahraga bersama Master Ruzaidi di www.silatolahraga.betakos.com

Petikan terakhir dengan Master Ruzaidi :-
------------------------------------------------------------------------------------------------------- P/S :Pertubuhan, agensi, kumpulan atau individu yang berminat untuk mendalami kaedah beladiri "air setitik menjadi lautan tanah sekepal menjadi gunung" (BETAKOS) sila hubungi :- 013 - 266 1643 (Master Ruzaidi)
012 - 7976977 - (Cikgu Alwi )
( Akedemi Alam Satria)
Setiausaha Pengurusan
Beladiri BETAKOS
Cawangan Selatan Malaysia
(Johor-Melaka-N9-Singapura)
admin@betakos.com
http://www.betakos.com

Discussion Forum

This group does not have any discussions yet.

Comment Wall

Add a Comment

You need to be a member of BETAKOS - Master Ruzaidi to add comments!

Comment by Harith on December 23, 2010 at 16:44
Salam  Master, baru lepas dengar ceramah kat Bank Rakyat HQ tadi...Penerangan yang bagus dan hebat.. Terima Kasih.. ;)
Comment by Alam Satria on March 12, 2010 at 11:26
Salam semua.. hari nie tukar logo betakos.. bakal menjadi logo rasmi BETAKOS Malaysia.. Kat Jb tak muncul2 lagi gelanggangnya... macam-macam urusan perslu diselesaikan.. siapa sudi menghulurkan bantuan dan kerjasama.. hubungi saya segera..
Comment by Isma Abdul Jalil on February 28, 2010 at 13:33
Salam ingin bertanya caw Johor Bahru bila akan dibuka dan dimana?
Comment by antashax on December 22, 2009 at 9:49
menanti 26 disember 2009 ~
bertemu dengan master Ruzaidi dalam seminar sehari Betakos
Comment by Alam Satria on December 8, 2009 at 22:50
Cawangan di Johor Bahru Belum dibuka secara rasmi.. InsyaAllah sedikit masa lagi
Comment by black_sword on December 8, 2009 at 12:24
assalamuaikum..
boleh sy tahu dimana gelanggang cawgn betakos di johor bahru?
sy berminat untuk sertainya.
Comment by Pangiran Pertuanan on September 9, 2009 at 20:58
Asalamualaikum Semua. Terima kasih Alam Satria kerana invite saya untuk join BETAKOS. Beliau(pengasas BETAKOS) memang merupakan seorang yang penuh pengalaman beladiri. Selamat maju jaya untuk beliau.
Comment by 2pai_flys on July 17, 2009 at 2:25
salam...saya dh melayari lmn web betakos..saya amat berminat..leh saya tnye...senaman pernafasan dan senaman harimau tue dlm yuran yg sama ke lain-lain...saya keliru sikit...
Comment by Alam Satria on May 22, 2009 at 15:38
Anak tua Pendekar Bertuah.. sudah pasti paparem mengenalinya
Comment by paparem on May 17, 2009 at 19:48
assalamualaikum..... rasanya kenal dengan Master Ruzaidi .Sampaikan salam saya kepada beliau.
 

Members (31)

 
 
 

SMC Contributors

Thank you to those below who contributed financially to allow SMC to continue its service.
Mahadi Sabri Abdullah

Badge

Loading…

About

Advertisement

 

© 2013   Created by Mohd Nadzrin Wahab.

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service