Silat Melayu Community

The Malaysian Martial Heritage

Silat Habib Hamid merupakan silat yang tersohor di Negeri Terengganu terutamanya di daerah Kuala Terengganu.

Seni silat ini mempunyai gerak langkah yang unik dan menjurus kepada buah pukulan serta gelut.

Sesiapa yang pernah mempelajari seni silat ini mungkin boleh berkongsi pengalaman dengan saya.

Views: 8592

Reply to This

Replies to This Discussion

Salamm persilatan sdra mohd ridwan,tertarik dgn diskus ini,rasanya komen dari `anak melayu `ada asasnya,dunia seni bela diri amat luas mancakup seluruh nusantara,khususnya dialam kemelayuan.maaf...`Waris Seni Tua `pun bru mendengar `seni` sdra mohd,mungkin kurang merantau keluar dlm mencari seni warisan bangsa selama ini.Setahu saya smua seni ada` RAHSIA` permainannya tersendiri dari fizikal ke ilmu yg tersirat .Setuju dgan pendapat `anak melayu`bkn sesuatu seni itu yg menjadikannya hebat,tetapi individu2 dlm seni itu sendiri yg akn menjadikannya hebat/kemas/dihormati dan tak lapuk ditelan zaman..Masih `ada....` seni 2 yg tersorok/tersimpan rapi diwarisi keluarga yg x keluar/tersohor, melainkan spt kata bidalan pusaka tua.`.Biarlah jadi resmi harimau,kuku keluar bila terpaksa..dan jgn jdi spt beruang kuku x dpt disorok2...dan lagi `jadilah parang yg sekali diasah tajam,disarongkan dan digantung didinding,biar berkarat ,tetap tajam,cabut/gunakan bila terpaksa shj.....x byk tuk dikong c kali ini,sekadar tuk renungan kita bersama..dimana yg kurang ,ditokoktambah dan yg lebih utk dikongsi....agar ilmu tetap bertambah...pandai murid kerana guru,pandai guru kerana murid..renungkan... muga seni warisan bangsa kekal diwarisi...wallahulam..Waris Seni Tua...
Salam kepada arop koneg,

Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi respon topik ini.

Saya bersetuju dengan kata-kata saudara. Dunia seni bela diri sememangnya luas merangkumi seluruh Nusantara, terutamanya di Alam Melayu.

Terlalu banyak rahsia alam persilatan yang tidak diketahui. Oleh kerana itulah kajian harus dilakukan bagi memahami seni persilatan. Tidak cukup sekadar kajian sahaja bahkan hendaklah mendalaminya sekali. Barulah rahsianya dapat dirungkaikan.
Salam seni sdra abg mohd.utk memahami sesuatu seni persilatan agak sukar kerana kepelbagaian nama dan cara permainan,apa tah lagi tuk merungkaikan RAHSIANYA ,cuma bagi `waris seni tua`,kadangkala kita terlalu taksub dgn seni yg kita pelajari dan TERLUPA tuk mengenali seni lain yg juga` indah,`cuba kita lupakan sejenak` permainan` kita dan carilah..,duduk berbincang,berkongi c idea dan cara bagaimana tuk memperkembangkan seni warisan budaya kita .Kita harus keluar dari dinding yang menghalang kita,mungkin disana kita akan menemui sesuatu yg agak berbeza dgn apa yg kita ada/temui selama ini.tetapi utk ini kita mesti `ikhlas `dlm mencari kekurangan kita agar perkongsian ilmu ini kelak dpt membantu menokoktambah/menambah baik permainan dan diri kita jika ada kekurangan dan jika terlebih tunjuk ajarlah agar setiap seni terus hidup disepanjang zaman..tuk diwarisi generasi selepas kita,kadang2 ada yg suka diri ddedahkan ,mungkin ada jua yang lebih selesa `menghilang` dalam seni bela diri,kerana sukar dan berat tjwb jika terkenal ..wassalam..waris seni tua
Salam kepada anak Melayu

Maafkan saya jika pada pandangan saudara mengenai ayat saya 'Silat Habib Hamid merupakan silat yang tersohor di Negeri Terengganu' agak tidak munasabah.

Mungkin ayat ini kelihatan agak tidak munasabah bagi saudara. Tapi bagi saya ayat itu tidak bertujuan untuk memperkecilkan seni bala diri lain. Mungkin kerana dialek Negeri kita berbeza yang menyebabkan ayat tersebut kelihatan tidak sesuai. Ingin saya memperkatakan di sini bahawa dialek percakapan orang Terengganu agak kasar. Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana tidak menerangkan perkara ini terlebih dahulu. Adapun maksud sebenar saya adalah seni silat ini adalah antara yang popular di kalangan orang Terengganu dan bukanlah yang paling hebat.

Untuk meletakkan gelaran sebagai pengamal silat Habib Hamid kepada diri ini adalah tidak layak rasanya. Saya masih lagi mempelajari dan mendalami seni silat ini.

Saya amat bersetuju dengan kenyataan saudara bahawa apa yang menjadikan silat Habib Hamid ini lebih istimewa adalah berdasarkan pembawakan seseorang dalam setiap gerak permainan tersebut.

Insya-Allah jika berkesempatan, akan saya ceritakan sedikit sebanyak pengalaman saya dengan Silat Habib Hamid ini. Jika sekiranya saudara Anak Melayu ingin bercerita mengenainya terlebih dahulu, silakan.
assalamualaikum anak melayu. lama doh ambe cari kawan2 habib hamid. setahu ambe tempat yang aktif dgn HH ni ada beberapa tempat. guru habib hamid yang terkenal lepas habib hamid sendiri ialah tok bilal. pok long besut, pokcik mat banggol binjai tapi mereka semua dah meninggal. yang ada skarang pokcik mat jeram,dgn sorang lg di padang pisang ambe lupa nama dia. skrg ni ambe ada d kota tinggi johor, tp takde partner nak blatih. nama poksu mezah pun ambe penah dgr. awak blajar habib hamid dgn sapa?. permainan habib hamid adalah permainan bunuh gerak. sebab tu susah nak mahir. perlu latihan yang mantap. satu lg kita kena ingat gerak kita Allah yang bagi. kalah menang dalam pertarungan tetap d tangan Allah. oh ye. nama guru padang pisang tu pok teh. stakat ni lah dulu. wassalam
assalamualaikum. memang tempat sy pun main bergerak dlm bulatan. ada tikam kanan, tikam tikam kiri, belah,simbur,paras dan tikam kiri sudah. guru sy, pokcik mat ni,sempat dgn tok bilal awang. tp dia byk berlatih dgn murid tok bilal awang. langkah tiga yg sy maksudkan ada sikit persamaan dgn silat lain ialah kdudukan mengiring menunggu serangan. inipun dlm latihan je. dalam "permainan" sebenar, kita tgk "tanduk" kan? bunuh tari dgn tumbuk. bunuh tumbuk dgn gerak. bunuh gerak dgn kilat. bunuh kilat...dgn kilat jgklah. untuk pengetahuan anak melayu, jeram ada dua, jeram manir dan jeram tokong. dua-dua ada habib hamid. tp sy belajar d jeram tokong. ada sikit perbezaan. habib hamid jgk setahu saya ada d kuala ibai, cabang tiga,ladang pun ada kalu x silap. guru saya x cerita pasal belebat. tolonglah cerita sikit. wassalam.
hai maroh ke? sabar anak melayu.. nama je tikam.. latihan tangan kosong jgk. tentang gerak tu, sy rasa samalah kot yg deme faham. gerak kasar, gerak halus guru ada cerita. pendek cerita sapa cepat dia dapat. betullah kata deme habib hamid ni boleh lah kata takde buangan bila bergaduh. sy bukan menda, sy ingat pesan guru, kalu jumpa guru habib hamid, belajolah. tak kira lah mana pun. belajo... bukan gi try. sebab tu sy reply pendapat deme. tentang rahsia permainan, sy dok cerita pun. deme skrg ada mana? sy rasa byk menda sama yang sy blajo dgn yg deme cerita. cuma nama je lain. wallahua'lam. boleh dok bg nama guru deme? manalah tahu bila bila kalu berpeluang g cari.
Yang saya terima daripada guru saya mcm ni bunyi:
"Mati tari dengan tumbuk, mati tumbuk dengan gerak, mati gerak dengan kilat..."

salam,,,tye leh..mksud main dlm bulatan tu gane..?

Main dalam bulatan maksudnya melangkah dalam keadaan berkelek menghadap lawan secara melilit. Orang Minang sebut main medan. Sebahagian besar silat dr Tanah Melayu bermain dalam  bulatan ttp ada yg pecah tapak empat dulu yg dipanggil gelombang 12 lps tu baru melilit dalam bulatan apabila apbila aplikasi buah dibuat. TTp silat Habib Hamid terus main dalam bulatan. Terdpt dua jenis jangkahan dlm bulatan ini iaitu "jakoh ayam dan undur udang".Permainan Said (Habib ) Hamid aliran Ladang dan seberang Marang ( Said Umar ) hanya ada main dalam bulatan sahaja ttp tiada langkah sembah. Mrk hanya main dalam rumah shj.

trme ksih,,,

saudara

Salam kpd saudara Yus.

Sy ni br je tau forum ni.sj la baca2 coretan org.psl saudara kbo main dalam rumoh tu,sebab ape x main tanah?

RSS

SMC Contributors

Thank you to those below who contributed financially to allow SMC to continue its service.
Mahadi Sabri Abdullah

Badge

Loading…

About

Advertisement

 

© 2013   Created by Mohd Nadzrin Wahab.

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service