Silat Melayu Community

The Malaysian Martial Heritage

assalamualaikum wa rahmatuLlah,

baru2 ni saya ada menonton klip di youtube mengenai akademi silat kalam. saya mendapati nama Allahyarham guru Yahya Said ada dinyatakan dalam salasilah perguruan silat kalam. juga saya ada dapati nama guru Long Bersaudara (Redzuan dan Azmi Long).

sepanjang pengetahuan saya, Guru Long Bersaudara ini ialah pengasas silat kalimah dan pernah menuntut silat cekak di bawah ustaz hanafi.

maka persoalan saya di sini, bolehkah sesiapa yang tahu-menahu berkongsi maklumat perkaitan ketiga-tiga silat ini?

terima kasih daun keladi; ada masa, saya tanya lagi :)

Views: 2310

Replies are closed for this discussion.

Replies to This Discussion

Waalaikumsalam,

Cikgu Mazlan Man juga antara anak murid Mahaguru Yahya Said dan mengasaskan Silat Kalam (Pertubuhan Ikatan Kalam Utama Malaysia) selepas mendapat restu daripada beliau. Wallahua'lam.

Wassalam,
Waalaikummusalam..

Betul juga apa yang Nadzrin bgth tu..memang Mahaguru Yahya Said mempunyai ramai anak murid yang belajar silat dengan beliau dan salah seorang pelajar tersebut jugalah merupakan Pengasas dan Guru Utama bagi PIKUM atau Silat Ikatan Kalam Utama Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, memang Silat Kalimah dan Silat Cekak mempunyai persamaan dari segi buahnya kerana mereka belajar dengan guru yang sama, dah untuk itulah saya ada bertanyakan kepada Mahaguru Zahalan Man ( Beliau kini merupakan Penasihat Kepada Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional ) tentang perbezaan antara silat-silat yang saya sebutkan itu. Beliau ada menyatakan bahawa Mahaguru Yahya Said telah me"wasiat"kan buah penamat yang mana tidak terdapat oleh anak murid beliau yang lain. Ini bermakna secara fahaman saya terbukti bahawa Mahaguru Yahya Said telah meningalkan "amanah" beliau yang paling besar untuk menurunkan segala ilmu persilatan yang ada pada beliau kepada Mahaguru Zahalan Man.

Untuk pengetahuan sahabat semua, saya adalah Pegawai Khas kepada Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional dan amat mengenali rapat dengan Mahaguru Zahalan Man. Walaupun saya baru mempelajari beberapa buah Silat Kalam kini saya amat tertarik akan perjuangan Silat Kalam untuk memastikan semua umat Melayu Islam sentiasa BERSAMA, MENGEMBANG dan MENYATU! disamping sentiasalah melakukan ibadah dan perlakuan serta perbuatan dengan didahului dengan IKHLAS HANYA KERANA ALLAH SWT.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajar PIKUM / Silat Kalam boleh menghubungi Mahaguru Zahalan Man di talian 019-3081308.

Wallahualam.

Wassalam.
jadi, adakah maknanya, silat cekak itu ada kekurangan dalam buah/jurusnya? buah apa agaknya tu ye? hmmm...
..
..semua perguruan ada kekurangan dalam buah dan jurus nya..
..1- buah fikiran ; iaitu kalau si pemakai/pengamal nya salah pertimbangan dalam menghitung langkah dan tari..lebih-lebih lagi kalau salah atau kurang fikir tentang kekurangan diri..sentiasa merasa diri nya hebat..maka tatkala itu lah dikatakan akan terlihat kekurangan dalam tindakan..
..2- jurus ; iaitu jika si pemakai/pengamal nya tidak matang dalam perkara (1)..gopoh gapah dalam membuat keputusan..jumud dengan apa yang diketahui..tidak terbuka fikiran dalam menerima pendapat apatah lagi pengalaman..maka ia akan kurang mengikut kata akal dan lebih terarah mengikut kata nafsu..
..wallahu'alam..
..
betul. kata papriq..

memang manusia mempunyai kelemahan yang nyata..
kita tak boleh telalu lemah dalam buah fikiran dan buah jurus..

kalau ilmu yang kita ada itu perlu dikongsi dan perlu dicari maka kita perlu bertindak untuk mencorakkannya...

kita tak boleh duduk diam sekiranya kita hendakkan ilmu..kena berusaha...
ilmu ada dimana-mana...insyaallah dengan penuh usahalah kita baru boleh berjaya...
Untuk pemahaman Silat Kalimah dan Cekak saya cari Pak Jo Eusoff bin Ali di Greenwood masuk dalam
ni ym saya kita leh discuss dkat ym kasparov_mejihanako
..hmmm..alhamdulillah..
..carta tersebut sedikit sebanyak dapat merungkai dan memberikan jawapan yang agak selesa pada masa depan jika hal ini dibangkitkan lagi..
..semuga sesiapa yang berasa jumud dengan rahsia momokan sebelum ini akan dapat membuka hati tentang hal ini..sesungguhnya sejarah tidak pernah berbohong..
Sememangnya persamaan buah dan kunci menjadikan kita keliru tentang mana satu silat yang dahulu.
Adakah Silat Cekak? Adakah Silat Kalam? Adakah Silat Kalimah?

Pada saya, kita harus melihat kepada matlamat dan tujuan kita mempelajari silat itu sendiri.
Perbandingan siapa yang betul? buah siapa yang banyak? Kunci siapa yang bahaya dan dahsyat? dan sebagainya harus dibuang jauh-jauh perasaan dengki dan iri hati itu. Kalau betul kita ingin menjadi seorang pejuang dan pendekar yang hebat. Jangan mudah putus asa untuk mempelajari pelbagai cabang dan ilmu persilatan. Pelajarilah sehingga ke Negeri China.!ingatlah pesan Rasulullah SAW supaya kita terus menuntut ilmu walaupun ke Negera China.

Ayuhlah bersatu dan buangkan persengketaan dan iri hati terhadap persilatan lain. Melayu akan Maju sekiranya kita kuat dan bersatu!!
Salam buat semua teman... selama pengkajian saya tentang silat kalimah, cekak dan pikum... secara kesimpulannya hanya 3 orang yang masih hidup hari ini yang benar2 mengetahui sejarahnya... mereka adalah Cikgu Asaari bin Mohamed, Cikgu Mazlan Man dan Ustaz Mohd Aswadi Yah.. mereka bertiga mengikuti perkembangan silat2 ini sejak dari mula lg.. kita akan memahami sejarah ini secara lebih dalam jika masing2 antara kita sanggup mengenepikan keegoan masing2. insyaallah... ada banyak rahsia yang dapat kita kongsikn bersama sbg contoh kenapa silat cekak ada 21buah dan silat kalimah ada 27 buah pada peringkat 1???
Salam hormat Pendeta Zaman,

Terima kasih kerana sudi memeriahkan SilatMelayu.Com. Ada tiga orang lagi yang mengenali ilmu Pak Yah lebih awal daripada Cikgu Asaari, Cikgu Mazlan dan Ustaz Mohd Aswadi. Seorang ialah Pak Jaafar Md Isa, kini guru utama Silat Harimau Bentara Garang, anak saudara Pak Yahya Said.

Beliau mendakwa Pak Yah memilik tiga jenis silat, iaitu Silat Cekak (Menanti), Silat Cekak (Merantau) dan Silat Cekak (Sabil). Cekak Menanti katanya menyerupai Cekak dan Kalimah yang ada pada hari ini, manakala Cekak Merantau mengamalkan tapak dan langkah dan Cekak Sabil bertumpu permainan Lading.

Seorang lagi yang layak memperkatakan mengenai sejarah silat ialah Tok Bidin. Untuk mengenali kedua-dua mereka dan (jika ada rezeki) bertemu dan bermuzakarah, sila hubungi Ustaz Hakim di 017-558 7956.

Orang yang ketiga ialah Ustaz Ahmad Junaidin Che Din, guru Silat Abjad yang menjadi guru penyambung silsilah Pak Yah. Kini, tradisi itu disambungi oleh guru Eusoff Ali yang mengajar Silat Kalimah di Greenwood, Gombak. Untuk mengenali Ustaz Ahmad, sila hubungi guru Eusoff di 012- 374 1848.

Salam persilatan,

RSS

SMC Contributors

Thank you to those below who contributed financially to allow SMC to continue its service.
Mahadi Sabri Abdullah

Badge

Loading…

About

Advertisement

 

© 2013   Created by Mohd Nadzrin Wahab.

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service