Assalamualakum dan salam persilatan Melayu untuk semua warga silatmelayu.org. Melayu pada masa dahulu juga mempunyai teknolgi perang yang sangat ampuh sehinggakan Melaka pernah menjadi sebuah kerajaan yang amat kuat pertahanannya. Salah satu teknologi Melayu pada masa dahulu ialah senjata Melayu seperti keris, sundang, tumbuk lada, rencong dan sebagainya. Jadi, saya ingin mengajak warga silatmelayu.org untuk berbicara mengenai senjata Melayu. Sertakan dengan gambar2nya sekali. Bangsa Melayu mestilah ada pengetahuan mengenai senjata Melayu sebagai kebangsaan bangsa kita.
Permalink Reply by Mohd Nadzrin Wahab on January 24, 2012 at 8:49 Waalaikumussalam cikgu Din,
Saya sudah kepilkan gambar tiga bilah keris saya. Sepanjang hidup saya, saya hanya mempelajari penggunaan keris tetapi tidak mahir kesenian bilah keris itu sendiri dari segi mengenal besi, pamor, kayu, ukiran, hulu dan lain-lain. Mohon pencerahan.
Wassalam,
Assalamualaikum, terimakasih Saudara Nadzrin atas gambar2 keris yg ditunjukkan. Cantik dan saya lihat dua bilah pertama tu keris lama. Sebenarnya saya masih tersangat baru lagi dalam bidang ni. Baru-baru ini, saya telah mendapat sms drp Fiidaus ( penulis SB ) tentang satu pertemuan yg berbincang tentang keris diadakan di satu tempat di Bandar Kota Bharu. Lalu, saya pun pergilah. Rupa2nya mesyuarat di kalangan AJK Kelab Warisan Kelantan tentang keris. Mereka berbincang tentang bentuk2 sampir dan menekankan kepada bentuk sampir Kelantan. Penutupnya pula tentang sejarah tentang pencipta keris pandai saras. Menarik juga. Tapi sayang juga sebab mrk kekurangan satu maklumat yang patut ada iaitu tentang persilatan yg seiring dgn penciptaan keris itu sendiri kerana keris bukan barang hiasan atau barang kegunaan seharian. Ada sebab keris itu berbentuk begitu.Berlok, berhulu anak ayam teleng dan sebagainya. Mrk lebih menekankan kepada keaslian dan mutu pembuatan keris sahaja.
Di sini saya sertakan gambar sejenis senjata Melayu tp saya sendiri pun tidak tahu namanya sama ada badik, tumbuk lada atau wali. Boleh tolong?
Permalink Reply by Mohd Nadzrin Wahab on January 26, 2012 at 12:41 Waalaikumussalam Cikgu Din,
Sefaham saya, senjata ini adalah Badik. Wali biasanya lebih pendek dan digunakan untuk meraut rotan. Tumbuk Lada pula biasanya mempunyai mata melengkung. Wallahua'lam.
Wassalam,
Permalink Reply by Hasnudin on January 30, 2012 at 12:31 antara keris dalam simpanan saya.keris raja kerabat utk tantapan rakan2.
Keris jenis melela ke tu? Tapi loknya sangat besar sedikit. Barang lama tu. Cunma bagi saya matanya perlu dijaga dgn baik agar tidak berkarat. Terima kasih.
Permalink Reply by Hasnudin on January 30, 2012 at 17:34 saya ada 2 lagi senjata dalam simpanan..iaitu badik yg mana besi nya berasal dari paku kapal siam yg tengelam dalam sg.kelantan suatu masa dahulu dan kelewang.insyaAllah ada masa nnti saya akan upload utk tatapan bersama.wasalam
Assalamualaikum, alhadulillah.Setelah lama membaca dan mendengar kisah Taming Sari, baru semalam dapat menatapnya dengan begitu jelas sekali.melalui akhbar Berita Harian. Cantik dan loknya agak ganjil sedikit berbanding keris lain. Sepatutnya kita sama2 simpala gambar tu.
Permalink Reply by Firdaus Abd Rahman on February 28, 2012 at 9:06 Cantik, Firdaus, terima kasih. Sebenarnya dulu apabila saya memegang keris, saya rasa ada suatu yg tak kena kerana berasa tidak seimbang dan bagaimana hendak digunakan dalam permainan. Rasa nak terlepas sahaja. Tapi apabila digenggam dengan caranya yg betul, saya baru rasa keistimewaannya dan bagaikan keris yg agak berat tu terasa ringan sahaja malah boleh digenggam dgn tiga jari sahaja. Hebat teknologi pandai keris sepatutnya ada yg buat kajian tentang kiraan sudut dan sebagainya spy ia boleh dikademikkan.
© 2012 Created by Mohd Nadzrin Wahab.