Silat Melayu Community

The Malaysian Martial Heritage

Assalamualaikum dan Salam Semua,

Kita mungkin tidak menyedari bahawa Silat Seni Melayu kini telah hilang dari landasan silat. Kebanyakkan pertandingan Silat Seni sekarang ini adalah dalam keadaan baku iaitu gerakan yang dipersembahankan mengikut kehendak yang telah diwartakan dalam pertandingan. Bermulanya dengan Jurus Wajib, Jurus Tunggal dan juga Ganda.

Kini kita tidak dapat lagi mendengar paluan gendang silat di arena Silat Seni. Kemeriahan Silat Seni juga hilang serinya. Teriakan pendekar bertarung tiada lagi kedengaran. Adakah ini yang kita inginkan dalam Seni SIlat?

Luputnya massal, tempur dan solo menyebabkan seri Silat Seni sudah tiada. Apakah kita perlu mengikut kehendak PERSILAT yang didominasi oleh negara Indonesia? Atau kita perlu bersuara lantang agar dunia mendengar rintihan kita?

Views: 314

Reply to This

Replies to This Discussion

sebenarnya tidak hilang pun seni jika dilakukan secara sepatutnya, walaupun tidk dibenarkan berkekuda rendah atas alasan keselamatan, bkn bermakna tiada kekuda langsung spt silat cekak atau kalimah. Dlm silat ada semua keadaan kekuda, tinggi sederhana dan rendah. Cuma yg penting langkahan dan cara berkelek menunjukkan ciri2 silat. Begitu jg cara menunggu, cara buangan, elakan, serangan mestilah mempunyai ciri2 silat. Dlm pemarkahan pun jika pesilat tidak melangkah dgn gaya atau pola langkahan silat, maka mrk boleh dikenakan teguran dan markah boleh dipotong jika berterusan. Tp kebanyakn wasit tidak menitik beratkan sgt perkara ni. Jika ditekankan, maka keaslian silat tersbt ttp terpelihara.Pesilat  yg bergaya asing spt muay atau taek kwon do jika masih ternampak gaya mrk semestinya tidak ndibenarkan meneruskan pertandingan. Tp perkara ini tidak dititikberatkan. Berbanding dgn seni beladiri lain yg menitikberatkan gaya asli mrk secara total.

Salam sahabat!

Apabila Silat dikategorikan sebagai sukan... cthnya Silat olahraga, maka byklah peraturan yg membataskan pesilat untuk mengaplikasikan buah-buah silat yg terdapat dlm seni persilatan Melayu maka bg saya ianya telah menghilangkan "bisa" Seni Silat Melayu itu sendiri.Sbg contoh pesilat tidak boleh menggunakan buangan(tangkisan) siku, teknik kuncian , tumbukan ceduk dsbnya lg. Dan yg paling mengurangkan "bisa" apabila serang pesilat hanya terbatas pd body protector dan teknik jatuhan shj. Jadi bagaimana nak lawan muay thai??? Sebab itulah pertandingan Free Style Martial Art asyik org Muay Thai aje yg menang!!!

Wallahu a'lam.

Asalnya ada ttp dimansuhkan kerana amat jrg sekali pesilat dpt mengunci lwn dalam kiraan 5 saat/detik.
Silat Tradisional masih ada di Gelanggang-gelanggang Perguruan, walau sudah tidak ada di pertandingan. Justeru itu jika mahu yang asli kenalah berusaha mencari perguruan2 di pelosok negara.
Setuju pendapat saudara. Para Guru Utama ( Tok Guru Tua) setiap gelanggang diseluruh negara ramai bersetuju, tetapi yang membentuk dasar pertandingan adalah kelompok orang baru dan alasan agar dapat berkembang ke seluruh dunia, akibatnya.... inilah seni dah jadi baku. Dulu ada masal kreatif buah dan bunga yang diolah oleh perguruan sekarang dah takda. Jurus wajib, jurus tunggal jadi perjuangan. Identiti keaslian perguruan tidak di kedepankan bahkan semakin hilang. Ingatlah! Dunia di Malaysia ada Burung Merak yang cantik dalam hutan kita. Sekarang bila nak pamer keindahan Burung Merak kita kena import dari Indian. Kekayaan Anugerah Yang kita punya dah pupus. Siapa yang nak menangani. Takkan Guru Tua dikampong2. Yang bertauliah yang punya sijil International (kononnya) adalah orang muda. Mereka mudah berkira dalam semua perkara. Hah! sekarang Silat Seni dah tak pakai muzik dah! Patut kita export kemahiran muzik keluar negara. Jadi Boleh lah meningkatkan pendapatan dan menjadi sumber tenaga kerja mahir. Sekarang Muzik dah hilang dalam Gelanggang. Roh Silat kita jadi kaku, jadi para patung-patung "Nazi" bersilat. Maaflah pandangan Ustaz ni. Mana Dasar Persilatan kita dan Dasar Silat (PERSILAT) YANG INTERNATIONAL. Memudahkan orang luar belajar dan kita akan kepupusan khazanah. Malah ada juga para pemegang Ijazah Agama yg belajar diluar negara menganggap silat ni " perosak" Agama. Pemikiran dan ideologi baru hari ini kenalah pencinta silat melayu tangani secara bersama. BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH!
Saya amat tertarik dgn tajuk ini. Memang org negara luar tidak mengenal keindahan seni silat kita dan juga tidak tahu kehebatan pencak silat kita. Apa yg diorang kenal ialah silat olahraga. Bkn silap silat olahraga tapi silap skop pertandingan serta silibusnya. Jadi siapa yg menggubal silibus? Pd pandangan saya untuk memperkenalkan silat silibus perlu diubah. saya tidak berapa tahu ttg silibus silat olahraga, atau mana mana pertandingan silat ini kerana saya br setahun jagung di alam kemelayuan ini. Cuma mungkin sy bernasib baik dpt berguru dgn seorang guru tua dlm aliran saya.Cara lama, tidak ada persatuan berdaftar, tiada pertandingan, tiada menonjol yang ada cuma menyusur akar di celah-celah kesibukan pertubuhan-pertubuhan silat yg tumbuh bagai cendawan di zaman ini. Hanya nama yg dibawa bersama perjanjian atau pengakuan diri dihadapan guru, menjadi murid serta pengamal senibeladiri tersebut didalam upacara perlimau. Perlimau dahulu baru belajar.

Berbalik kepada tajuk, sebenarnya org muda yg memegang amanah perlu merujuk dgn guru tua apa yg patut dan tidak patut ditonjokkan dlm pertandingan silat. Maaf, sy amat bersejutu jika dikatakan silat olahraga terlalu kaku dan terhad. Terkongkong geraknya, terbatas halanya, terhalang 'rasa'nya serta lenggok tarinya tiada makna. 'Selalu' berbunga sama tapi 'jarang' menjadi buah. ibarat berbunga manggis, jadi buah rambutan. Hilang sudah seni dan serinya. Diharap para pengamal silat olahraga jgn terasa hati atau marah, apa yg sy katakan adalah untuk kebaikan silat melayu kita jua. Seperti kata Uztaz, BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH! , kita para pengamal silat-silat melayu perlu bersatu bg meruntuhkan benteng serta dominasi agar terbuka mata dunia melihat kehebatan sebenar silat melayu. Lagi satu, perkenalkan simbolik-simbolik dlm silat agar org agama tidak tersalah tafsir dgn silat. Mmg masih ada segelintir yg masih diperngaruhi oleh pengaruh hindu tp saya rasa di malaysia perkara itu sudah lama berlalu. Mungkin ada, tetapi itu adalah kes2 yg terpencil. Kalau dilihat pada rekabentuk keris itu sendiri, bermula dari hulu, mata dan sarungnya telah lama dibuang pengaruh hindunya. Jarang benar keris yg berhulu kepala binatang atau 'bota' , atau gambar yg tidak sepatutnya terukir di mata keris tersebut walaupun keris itu keris lama. Pengaruh islam telah lama masuk ke tanah melayu serta telah mersap jauh hingga ke akar umbi dan jiwa silat melayu.
salam saudara smc, sekadar memberi kan pandangan, kerana kita masih saudara serantau di alam melayu, jangan lah kita meletakkan kesalahan pada mana-mana pihak. Saya telah melihat sendiri seni silat di Indonesia yang kini sudah hilang seninya, tetapi ada segelintir masyarakat yang masih memelihara seni asli nya dengan mewujudkan majlis permuafakatan adat, sebagai contoh organisasi SUMARAK (suara mupakaik anak rang kurai) di Sumatera Barat yang masih menjaga keharmonian seni silat asli mereka dibawah naungan pembesar daerah ( SUMARAK - NGO) dan pelbagai lagi organisasi lain. benar didalam arena silat kita sekarang sudah hilang seninya kerana beberapa perkara seperti undang-undang dan corak permainan di gelanggang silat sukan, tidak salah rasanya jika dikatakan bahawa silat olahraga  itu bukanlah silat,kerana seni silat merangkumi pelbagai aspek terutamanya keaslian seni (seni tari,jurus asli,falsafah perguruan,adat,pemakaian dan pelbagai perkara lagi) yang boleh mencukupkan ramuan seni silat.Mengambil contoh pertandingan silat asli di Sumatera (Galanggang Siliah baganti,Kembali ke Surau dan SUMARAK), mereka tidak mencari silat yang boleh dipertandingkan tetapi mencari seni silat asli tanpa mencampur atau merubah teknik seni berkenaan, ini patut dicontohi oleh negara kita..Setiap perkara ada pro dan kontra nya, dan saya tidak lah menyebelahi mana-mana pihak sekadar memberi pendapat..Pertandingan seni silat ini juga sebenarnya tanpa kita sedari telah menyimpang dari falsafah silat itu sendiri..fikir2 kan lah.........

Sebenarnya, bagi saya seni dalam silat Melayu belum pupus jg cuma kita tidak berusaha menaikkannya. Contohnya, kita boleh wujudkan pertandingan silat tari seperti kategori tari bunga, tari jawi, tari jatuh. Kebanyakan silat2 tersebut bermain dgn pecah gelombang dua belas, galah panjang, melilit, tikam kanan, kiri, belah, parang dsbnya. Pihak2 tertentu terutamanya pihak UMNO perlu memainkan peranan kerana mereka memperjuangkan Melayu. Kalau boleh pertandingan ini diadakan di peringkat negeri dan kebangsaan serta disiarkan dalam TV secara langsung. Pihak tv jg perlu wujudkan saluran seni termasuk seni silat spy banyak pendedahan boleh dilakukan. Sy rasa ia juga akan mendapat permintaan yg tinggi di peringkat antarabangsa lantas menaikkan nama Malaysia itu sendiri. Tp, pihak UMNO sendiri pun saya nampak krg bersungguh2 dlm perkara ini.Tokoh 2 silat jg perlu dijadikan contoh dlm persidangan UMNO selain artis2 yg sering dijadikan idola. Bukan sy nak kata artis tak baik tp golongan silat yg banyak membentuk muda mudi tidak diberikan perhatian langsung sedangkan UMNO adalah pejuang MELAYU. Contohilah Sultan Pahang yg membrikan anugerah khas kpd para pejuang silat. Pihak belia 4B jg perlu serius bersama2 dgn org2 silat ni. Sebenarnya,pihak belia 4B perlu berterima kaih kpd org2 silat kerana mereka telah sekian lama berjuang membnetuk pemuda agar sentiasa mengekalkan jati diri bangsa tanpa melibatkan peruntukan khas berbanding dengan Belia 4B bergiat berdasarkan peruntukan drp kerajaan. Contohi Indonesia menjaga kemurnian silat mereka dgn memelihara sejarah tempat2 tertentu yg berkait dgn sejarah silat seperti di Minagkabau. Kita perlu pelihara kawasan tertentu yg mempunyai nilai sejarah tentang perkembangan silat tanah air seperti kampung Bukit Panau dan sekitarnya yg merupakan kawasan silat sekebun  perlu digezetkan sebagai perkampungan silat, perlu ada bantuan agar silat di situ terpelihara. Kawasan Kg Banggol Binjai, Jeram, Ladang boleh diwujudkan sebagai pekampungan silat Habib/Syed Hamid di Terengganu. Bukan mengabaikan silat 2lain ttp ia merupakan sejarah bagi negeri2 tersebut sejak ratusan tahun lalu. Banyak lg tempat2 lain di Malaysia yg perlu diwujudkan perkampungan silat dan dibantu oleh kerajaan atau pihak2 tertentu seperti UMNO dan Belia 4B. Sy pelik juga dgn peranan PESAKA yg sepatutnya memainkan perana seperti Persilat dan Sumarak di Indonesia yg memainkan peranan memelihara silat2 tradisional. Nampaknya mrk lebih menumpukan kopd silat2 yg ada dlm pertubuhan mrk shj. Jd, silat2 lain terabai tgerutamanya silat2 seni. Jadi, macamana kita nak naikkan seni kita sedangkan kitalah yg menjatuhkannya. 

RSS

SMC Contributors

Thank you to those below who contributed financially to allow SMC to continue its service.
Mahadi Sabri Abdullah

Badge

Loading…

About

Advertisement

 

© 2013   Created by Mohd Nadzrin Wahab.

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service