Silat Melayu Community

The Malaysian Martial Heritage

Mengapa para pengembang Silat Melayu lain memiliki juga khazanah yang dinamakan Cekak atau Kalimah (Kalam) walaupun mereka tak pernah belajar dengan Ustaz Hanafi dan para muridnya?

 

Apa beza Silat Kalimah/ Cekak dengan Silat Hurufiah? Sesiapa yang mampu menjawab silat berkongsi pendapat. Terima kasih.

Views: 8555

Reply to This

Replies to This Discussion

Assalamualaikum Ustaz,

 

Rentetan sejarah silat Cekak dan silat Kalimah bergantung kepada individu yang menceritakannya. Mahaguru kepada kedua-dua aliran ini adalah Mahaguru Yahya Said yang mengajar Silat kepada beberapa individu yang akhirnya menjadi guru dan pendokong kepada beberapa aliran berlainan.

 

Disebabkan ia lahir daripada Mahaguru Yahya Said, maka Silat Cekak dan Silat Kalimah adalah sebahu dari segi punca yang sama.

 

Saya belum pernah mendengar jenis Silat Hurufiah, maka mungkin Ustaz juga dapat bantu menghuraikannya.

 

Wassalam dan salam kasih,

.waalaikumsalam wm wth..Para pencinta Silat Melayu, bersyukur kita dengan Anugerah Gedung Ilmu Silat kita yang amat kaya dari dulu sampai sekarang, sehingga ada jenis silat yang kita tak biasa dengar/ tidak dalam pengetahuan kita tapi ada...Kumpulan persilatan jenis "hurufiah" amat banyak tersebar di Malaysia,Walaupun mereka ini macam silat Habib Hamid yg tidak daftar pertubuhan tetapi ada gelanggang. Kebanyakan gelanggang mereka dibuka dan dikembang oleh tokoh2 agama, seperti tok guru pondok, guru Al-Quran dsb.Kelompok silat "Hurufiah" seperti Silat Tiga sejaras (Alif-Lam-Mim), Silat "Lam-Alif" dll.Berbalik kepada silat papan sekeping sekarang dibincang dibawa oleh Persatuan Cekak dan Persatuan Kalimah yg aliran Guru Tua mereka Yahya Said. Untuk pengetahuan umum silat papan sekeping sudah ada khazanahnya lama dulu yg diamalkan oleh pendekar-pendekar ketika dilaut atau disungai ( atas kapal atau perahu) dulu disebut Perahu Lanchang (Pernah dinyanyikan orang lagu: Lanchang Kuning). Maknanya Selain daripada Guru Yahya Said masih ramai Guru-guru Tua yang ada khazanah papan sekeping, kerana di amal oleh Tentera Laut kerajaan Melayu Tua seperti zaman sebelum pembukaan Melaka lagi: Langkasuka, Kedah Tua, Pattani, Terengganu Tua, Kelantan Tua yang mana Kerajaan Pelabuhan atau Kerajaan Maritim sebelum Melaka lagi.Dalam Perguruan Gayong Panglima Ulung sendiri ada Khazanah itu.

Kita beri kepada ahli2 SMC dan pengkaji Silat Melayu berdiskusi untuk membongkar rahsia silat Melayu. Terima kasih.

Assalamualaikum Ustaz,

 

Masya Allah. Banyak yang kita tidak tahu rupanya. Apakah ada sejarah khusus untuk aliran Hurufiah dan adakah ia bertemu pada jalur yang satu dan guru yang satu pada satu waktu di Nusantara? Mohon ustaz bongkarkan untuk kami menggali mutiara!

 

Wassalam,

Assalammualaikum,

 

Formula saya mudah sahaja, sebenarnya kebanyakan silat yang ada sekarang mungkin berasal dari beberapa punca sahaja. Zaman dahulu, silat - silat ini tidak bernama dan di pelajari sebagai sukatan pelajaran wajib bagi lelaki bagi mencukupi sifat kelakiannya. Tambah pula, ada yang merantau di negeri orang, kalau tidak cukup ilmu didada samada ilmu dunia atau akhirat memang kaum lelaki tidak akan keluar dari kampungnya.

 

Bila zaman bersilih ganti, silat - silat ini tadi juga turut berkembang sesuai dengan peredaran masa ditambah pula pengalaman pengamalnya berdepan dengan  siri peperangan yang panjang di sesetengah tempat. Hinggalah melewati zaman moden hari ini, apabila silat dipaternkan berdasar perguruan tertentu. Jadi pada saya, sukar untuk satu - satu pertubuhan silat itu menyatakan yang silatnya tanpa ada sedikitpun campuran dari mana - mana perguruan yang lain. Kerana kita (Pertubuhan silat yang ada sekarang) berada di pucuk yang merimbun dari akar yang satu.Wallahu'alam.

Waalaikumussalam tuan Fathoniah,

 

Saya faham maksud tuan. Tujuan saya bertanya kepada Ustaz Zubaidillah secara khusus adalah kerana beliau mempunyai kunci kepada maklumat-maklumat khusus dan nama-nama penggerak silat dalam sejarah yang mana belum ditemui di mana-mana buku atau lisan.

 

Kebiasaannya, apabila ditanya dari manakah dan siapakah yang mula-mula mengajar Silat, kita terpaksa memberi jawapan yang kabur kerana kita tiada sejarah bertulis. Namun, saya yakin, Ustaz Zubaidillah ada kuncinya. InsyaAllah jika kita telusuri dengan gigih, seperti mana sejarawan Arab dan Yahudi zaman dahulu, kita dapat membina satu pandangan yang lengkap mengenai sejarah silat di Malaysia dan Nusantara.

 

Wallahu'alam.

 

Wassalam

Jika begitu bina tim penyelidik bawah SMC sendiri. Mungkin boleh di mulai dengan yang ada dahulu kemudian baru bergerak di luar lingkungan yang ada. Dan untuk melengkapkan kajian setiap dapatan di siarkan di ruang ini atau boleh juga diterbitkan journal penyelidikan secara dwibulanan.

Cantik!!!! Adakah sesiapa yang hendak menganggotainya? Sila balas di sini. Saya tawarkan diri saya sendiri dan cadangkan jika setuju, Ustaz Zubaidillah sebagai pengerusinya.

Saya fikir lebih baik, jika setiap dakwaan itu ada bukti samada bukti secara tulisan, mahupun temubual berakam dengan guru -  guru tua yang kredibilitinya tiada sangsi. Di samping itu,  silibus, atau nama - nama pergerakkan yang ada kemiripan mahupun persamaan boleh juga di anggap sebagai bukti. Tak lupa juga dilengkapkan sanad ambilan silat tersebut sehingga mungkin bertemu puncanya dimana.

 

Kaedah ambilan menggunakan kaedah mustalah hadith, iaitu perawi itu dinilai berdasarkan 'Adalah, Dhabit Ingatan,Sanad yang tidak terputus dan sebagainya.Wallahu'alam sekadar pandangan. Nak turut serta buat masa sekarang terlalu banyak beban kerja yang dipikul takut tak terpikul amanah tersebut, jadi beri laluan pada yang kelapangan.

Saya sokong..... :)

Tuan Nadzrin,

 

Selain aliran Cekak, disini saya kepilkan ambilan dari web kendalian sahabat saya, untuk kajian Tim Penyelidik SMC

 

Cuti sekolah baru ini  saya tidak melepaskan peluang  menziarahi  Ayah Angkat kepada ayah saya  iaitu seorang Tua berumur 100 tahun lebih yang digelar Pendekar suatu ketika dulu. Walaupun sudah tua beliau tetap nampak bertenaga dan sihat. Setelah memperkenalkan diri dan menunjukkan sebilah badik kepada beliau sebagai bukti pengenalan diri selaku cucu angkatnya barulah saya dilayan sebagai tetamu istimewanya. Bukan apa itulah perangai pendekar dahulu kala ibarat..

Biar Pecah diperut jangan pecah dimulut…cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar..bergerak didalam gelap bersembunyi didalam terang

Kebanyakkan Pendekar dahulu tidak suka menunjuk-nunjuk.. Ibarat resmi padi semakin tunduk semakin berisi. Sebab itu banyak ilmu orang dahulu kala banyak yang tidak kita ketahui..Hendak di ajar bimbang tidak dipatuhi,Ada waris pun tidak sudi, Ilmu pendekar tidak di peduli, akhirnya ilmu tidak diwarisi, hilanglah ilmu di bawa mati.

Malam itu saya dipelawa bermalam di rumahnya..Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, pelawaan itu saya terima, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan. Saya memasang niat untuk cuba mengcungkil sebanyak mungkin rahsia dan petua pendekar dahulu kala.

MAHAGURU WALI SIRAT ADAM

Selepas selesai menunaikan Solat Isyak,kami bersembang dan berbual mesra dan banyak cerita yang diceritakan buat saya..namun cerita  yang menarik diceritakan oleh Tok Ki ini iaitu tentang Mahaguru Wali Sirat Adam yang dikatakan Mahaguru segala Persilatan dan merupakan Guru kepada 7 orang Daeng pahlawan Bugis termasuk Daeng Ambok Solok. Di katakan Mahaguru itu seorang pertapa di sebuah pulau di Tanah Jawa.

Selesai pengkisahan cerita oleh Tok Ki saya menzahirkan niat untuk meminta tunjuk ajar sepatah selidah dan selangkah dua darinya.

Lantas Tok Ki  menyuruh saya menunjukkan selangkah dua pencak jurus yang saya miliki.Di ajak bermain dengannya barang selangkah dua..terasa malu dan kaku bila berpencak di depan seorang Pendekar yang penuh ilmu di dada. Ibarat bunga kembang tak jadi..langkah terpaku tergerak mati.. namun apakan daya arahan guru harus dituruti itulah sikap murid sejati agar ilmu dicurahi.

Tok Ki memerhatikan setiap langkah saya dan setiap langkah dan serangan saya begitu mudah ditepis olehnya.. Sambil tersenyum dia  mengatakan,

“silat kamu ni  Silat Sendi Harimau..Silat Tok Janai..”

” Wahai cucu  mari Tok Ki tunjukkan ini dia Silat Sendi Harimau… “

Saya terkejut..Namun yang menghairankan saya ialah bagaimana ia bersilat dengan Tapak dan Gerakan Selayang Pandang, mainkan seni Seligi, Rajawali dan Timang Puteri dan Serangan Bapak Harimau ( Seni Belian )..Bukan semua yang  mengetahui, bahkan dikalangan orang yang baru berGayong pun belum tentu pasti mengetahuinya.. Saya mengetahuinya serba sedikit kerana sempat menerima tunjuk ajar permainan ini dari Cikgu Awang dan Cikgu Majid serta arwah datuk saya juga mempelajari Gayong semenjak di Singapura Lagi dibawah tunjuk ajar Gurulatih Ismail Mansor.

Tok Ki terus melompat  dan bersilat sepenuh tenaga cukup berseni dan berahsia..Geraknya tiada cacat cela lagi, setiap jurus penuh berisi.. saya hanya mampu memerhati dengan penuh konsentrasi.

Sambil berpencak  Tok Ki berkata..

yoi yang diingat ialah lompat-lompat. lompat sana. lompat sini.

yoi yang diingat lari-lari. lari ke kanan. lari ke kiri.

yoi yang diingat elak-elak. elak ke kanan. elak ke kiri.

yoi yang dingat adalah lenting-lenting. lenting belakang. lenting depan.lenting kiri. lenting kanan.

Bukan begitu.

yoi  adalah katok-katok.

yoi  adalah ketuk-ketuk.

yoi  rapat-rapat.

yoi  tidak lari-lari.

yoi  adalah ketepatan

yoi  satu hentakan.

yoi  gerak yang padu.

yoi  gerak seligi dan luku-luku.

yoi  gerak tembi dan menyiku-nyiku

yoi buah emas sepukal

ini dia yoi  asli

Setelah selesai Tok Ki menunjukkan beberapa gerakkan dan kelihatan tiada tanda-tanda kepenatan pun padanya.. saya pun bertanyakan kepada Tok Ki..

Tok ki ni anak murid Syed Zainal ke..?

Tok ki  hanya tersenyuman dan merenung dengan renungan tajam seolah-olah terkenangkan sesuatu..lau di berkata dalam dialek bugis

Sirebba tannga tessirebba pasorong,
Padaidi pada elo, sipatuo sipatakkong
Siwata menre, tessirui no.

kita saling hidupkan kerana kita seia sekata,
saling mengangkat dan tak saling menjatuhkan,
berbeza pendapat, tetapi tidak menyebabkan beradu kekuatan”.

Peluh yang membasahi tubuh di dinginkan dengan titisan embun jantan dan angin malam..

Minda ini terus tertanya-tanya siapakah Tok Ki ini sebenarnya. Kenapa Ayah beria-ia menyuruh saya berjumpa dengan Tok Ki ini. Bagaimana dia mengenali Silat Sendi Harimau ? Yang menjadi persoalan satu lagi siapakah Mahaguru Wali Sirat Adam seorang pertapa di tanah Jawa yang diceritakan Tok Ki sebagai Guru kepada 7 beradik Daeng pahlawan Bugis yang terkenal itu termasuk Daeng Ambok Solok.

Sekiranya ada  yang boleh menceritakan siapakah sebenarnya Mahaguru Wali Sirat Adam saya pohonkan pencerahan…Adakah Tok Ki yang berketurunan Bugis ini adalah  rakan seperguruan Arwah Dato Meor Abd Rahman suatu ketika dulu…

wallahualam.

Saya bersetuju pendapat Fathoniah agar SMC menubuh satu jawatankuasa khas mengkaji tentang silat2 Melayu. Juga senang mendengar/ baca cetusan idea Md Nadzrin masing2 positif. Cuma kita sebagai pengkaji "group" hendaklah yang minda terbuka baru InsyaAllah dapat mengkaji, dan elok kita bukukan kajian kita. Sekurang-kurangnya ada bahan untuk sesiapa mahu melanjutkan akademik mereka ke peringkat Master dan PHD dalam bidang Budaya Melayu Pengkhususan silat Melayu di mana-mana Universiti. Bahan kajian kita itu akan menjadi sumber rujukan penting. Justeru itu perlu kita buat perlantikan Jawatankuasa yang diberi mandat. Jika Md Nazrin melantik sy sebagai pengerusi, sy pula mencadangkan Md Nadzrin sebagai setiausaha dan Fathoniah sebagai bendahari, jadi mohon setiausaha buat satu kertas kerja buat permohonan kepada Dr. Rais Yatim atau mana2 pihak minta budget untuk urusan ini.Carilah beberapa orang lagi yg ada lepasan Universiti yg profesional yang biasa dengan penyelidikan dilantik sebagai AJK. Dapatan ini adalah Khazanah Besar untuk Negara..

Dalam bidang pusaka Silat Melayu khazanah lama, Silat Sendi Harimau tu juga dikenali sebagai Sri Cakerawala Sakti atau KeGayongan "Harimau Bintang", sangat bijaksana teknik persilatannya.

RSS

SMC Contributors

Thank you to those below who contributed financially to allow SMC to continue its service.
Mahadi Sabri Abdullah

Badge

Loading…

About

Advertisement

 

© 2013   Created by Mohd Nadzrin Wahab.

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service