Silat Melayu Community

The Malaysian Martial Heritage

Assalamualaikum saudara/i semua,

Umum mengetahui-nya salah satu `flavour` buah pukul adalah LianPadukan..ada sesiapa disini boleh berkongsi tentang beladiri ini?

Tags: Buah, Pukul

Views: 1223

Reply to This

Replies to This Discussion

Salam Senjata 8,

Sebenarnya banyak aliran silat lian ( buah pukul ) di Malaysia ni. Tapi negeri Johor merupakan negeri yg mengelopori Silat Buah Pukul atau Silat Lian. Selain itu di sekitar Pahang di Daerah Rompin dan Kuantan juga mempunyai aliran buah pukul. Terengganu juga terdapat beberapa perguruan yg tidak berdaftar yg mangajar Silat Lian ini. Ada sesetengah mereka mendakwa aliran buah pukul mereka adalah sealiran dengan buah pukul mersing yg mana saya tidak lah dapat memberi jaminan akan perihal tersebut. Apa yg saya tahu Tuan Guru Pak Mat Kedidi merupakan salah seorang guru silat yg sememangnya banyak rahsia mengenai buah pukul Mersing ini. Selain itu pelbagai lagi nama aliran buah pukul diantaranya Silat Lian Yunan, Silat Lian Kwantung, Silat Lian 11, Silat Lian 12, Silat Lian 22 (12 kanan + 12 kiri =24), Silat Gayang Lima, dan sebagainya. Sememangnya langkah 4 ( kiri,kanan,depan, belakang ) tidak boleh lari daripada Aliran Buah pukul yg membezakannya adalah dari segi gerak dan mungkin Lian 1 menjadi Lian 2 bagi sesetengah aliran dan sebaliknya. Mungkin ini bukan jawapan yg saudara inginkan kerana saya bukan lah aliran silat Lian Pukul Mersing. Apa yg saya tahu adalah melalui beberapa guru yg pernah saya temui disekitar Terengganu. Sememangnya Buah Pukul Mersing adalah rahsia lebih2 lagi bila dah mencapai tahap lian 6 dan keatas. Cuba anda tonton filem IP Man kemudian cuba lihat sebahagian persamaannya dengan silat aliran buah pukul mersing. Sekian Terima Kasih...
salam abang Hafizul Hassan,

terima kasih diatas penerangan/cerita sedikit sebanyak ttg permainan org tua2 ini..sungguhnya sy mmg meminati aliran jenis ini..diharap masih ada saudara2 diluar sana yg sudi berkongsi cerita..

wassalam
salam kepada hafizul hassan.

saya ada satu soalan,

adakah silat lian(mana-mana aliran lian) yang mempunyai tangkapan& kuncian dalam pelajarannya?

sekian.
Salam Senjata8,

Antara kisah menarik yg boleh saya kongsikan adalah satu kisah yang saya dengar daripada guru aliran silat lian 22 yg mana kisahnya bermula apabila seorang suami asyik belajar silat dan apabila pulang ke rumah suami tersebut menggunakan isteri sebagai tempat menunjukkan buah yg baru dipelajarinya. Akibatnya lembam dan sakitlah semua sendi dan urat si isteri. Setelah sebulan lamanya si isteri tidak tahan lagi dengan sikap suaminya lalu si isteri pun mula mencari guru yg boleh mengajar silat tanpa pengetahuan si suami. Pada suatu malam si suami balik dari belajar silat dan mula utk menguji ilmunya namun suami tersebut terkejut apabila tewas di tangan isteri dengan hanya satu gerak ibu lian iatu lian 1. Setelah itu si suami berasa malu dan terus keluar rumah tanpa pulang menjeguk si isteri. Arakian setelah menjadi janda ramailah lelaki mahu menjadikannya sebagai isteri. Namun si isteri sudah tiada keinginan dan cara dia menolak perlawaan lelaki adalah melaui pertarungan silat. Caranya ialah tangan si isteri tadi di lumuri gandum dan lelaki yg berkeinginan di beri sudip/senduk. Setelah ramai lelaki mencuba namun tidak berbuahkan hasil kerana di dada mereka jelas kelihatan tapak tangan sedang sudip yg mereka gunakan tidak langsung menyentuh isteri tersebut. Begitu lah kiranya sedikit cerita tentang silat lian ini jika diamalkan ianya akan menjadi senjata yg ampuh. Itu lah sedikit cerita mengenai asal usul silat Lian 22. Pesan saya kepada pengamal silat lian buah pukul jangan terlalu taksub kepada buah semata2. Cuba kuatkan otot2 tubuh melalui amalan2 senaman lian buah pukul serta perkemaskan gerak 4 pedahat kerana langkah pedahat ( langkah 4 ) adalah rahsia lian buah pukul dan melaluinya gerak reflek akan timbul sebelum sempat kita befikir. Saya sendiri pun lama dah tak main tubuh pun dah gemuk sekarang ni langkah pun ingat2 lupa. Apa2 pun doa saya kepada anda semoga teruskan perjuangan aliran silat buah pukul mersing. Wasalam..
Salam,

sekadar makluman untuk semua, boleh lawati http://lianpadukan.blogspot.com
Salam semua..
Khusus yang meminati Silat Buah Pukul Mersing,juga tak lupa pada Hafizul yang memulakan mukadimah ini,
memang betul apa yang sdra,Hafizul terangkan sejarah Buah pukul mersing ini,kerana saya pernah mengikuti perkembangannya khusus nya yang dibawa oleh Pak Hj,Raja Ali bin Salleh maka tertubuhnya Silat Gayang Lima didaerah Batu Pahat.Mengikut Guru tua ini Silat Gayang Lima adalah Buah pukul mersing yang asli yang dibawanya dari Mersing dan kini sejarah dan perkembangannya ada dan sila rujuk dilaman web seperti berikut
http://www.garudasakti.com.my/gayang5.htm
Attachments:
A'kum,

ada tak gelanggang bpm ni di KL atau Selangor?

Trima kasih
salam...

terdapat banyak 'flavor' bpm... tuan boleh rujuk http://www.gayanglima.blogspot.com/ untuk gayang lima aliran pak atan air batu atau http://www.lianpadukan.com/bm/ untuk lian padukan atau http://www.pgslm.org/bm/hubungi-kami.html untuk pertubuhan gerak silat lian..

RSS

SMC Contributors

Thank you to those below who contributed financially to allow SMC to continue its service.
Mahadi Sabri Abdullah

Badge

Loading…

About

Advertisement

 

© 2013   Created by Mohd Nadzrin Wahab.

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service