Silat Melayu Community

The Malaysian Martial Heritage

Apakah maksud setiap satu istilah Silat, Pencak, Gayung, Kegayungan, Gayuman, Ilmu Penjurit?

Salam hormat semua,

 

Sepanjang kehidupan saya bersilat, saya pernah mendengar perkataan Silat, Pencak, Gayung, Kegayungan, Gayuman dan Ilmu Penjurit malah banyak lagi.

 

Kebanyakan pesilat biasa yang saya temui mengatakan, "Itu sama sahaja, orang kawasan lain panggil benda yang sama". Namun, ketika bertanya kepada guru-guru tua, berbeza pula pendapat mereka. Apakah pendapat ahli SMC semua? Jika tuan-puan mempunyai ilmu yang boleh dikongsi di sini, dipersilakan untuk pengetahun umum.

 

Salam persilatan,

Views: 432

Reply to This

Replies to This Discussion

urm sthu sy.....kegayungan tu brmksd batin...yng laen amba xtaw la tuan.....ilmu xckup ha2

salam buat saudara SMC pada pengetahuan saya...istilah "gayuang @ gayung adalah terkait dengan unsur kebatinan dalam pelajaran silat, ini banyak diamalkan pd zaman dahulu oleh pendekar @ pejuang di rantau Melayu ini. terdapat pelbagai jenis ilmu kebatinan dan cara pengamalan nya. Ada yang mengikut syarak, ada yang secara lansung melakukan pemujaan utk mendapatkan ilmu kebal dsb. Jika di alam Minangkabau,silat pada zaman dahulu terlkait dengan 2 jenis "gayuang @ gayung" yakni gayung lahia @ lahir dan Batin. gayung lahir adalah secara fisik dan gayung batin adalah perkara atau amalan mencedederakan musuh hanya menggunakan bayangan atau bacaan tertentu. Gayuang juga dipanggil ilmu sejengkal dua jari "sajangka duo jari".Dari pengamatan pembacaan sejarah,dikatakan ilmu gayung ini diperturunkan dari Datuk Suri Dirajo.  Ilmu gayung adalah ilmu tertinggi selain dari ilmu gerak silat...jika pencak pula,adalah gerakan silat gabungan antara jurus dan digerakkan sebagai seni memencak gelanggang untuk tontonan umum, kerana gerakan jurus silat itu sendiri adalah sulit bagi pandangan orang ramai kecuali murid yang belajar.,.Walahhualam..sekadar pendapat...

RSS

SMC Contributors

Thank you to those below who contributed financially to allow SMC to continue its service.
Mahadi Sabri Abdullah

Badge

Loading…

About

Advertisement

 

© 2013   Created by Mohd Nadzrin Wahab.

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service