Silat Melayu Community

The Malaysian Martial Heritage

Salam hormat,

Sejak saya mula menuntut Silat, sudah beberapa kali saya terlibat dengan perguruan yang tidak banyak, sedikit mendapat tempias konsep derhaka. Antara kes-kes yang pernah saya dalami (malah ada yang berlaku di depan mata):

1) Murid mewarisi silat daripada guru dan mengubahsuai warisan itu sehingga gurunya menganggapnya derhaka.
2) Murid yang mempunyai krisis dengan gurunya, lalu belajar daripada guru kepada gurunya, maka dia dianggap derhaka.
3) Murid yang mewarisi silat daripada guru dan tidak mengakunya guru lagi.
4) Murid yang mewarisi silat daripada guru dan guru tidak mengakunya murid lagi.
5) Murid yang menuntut silat lain tanpa keizinan gurunya, maka dianggap derhaka.
6) Murid yang membangkang pendapat guru, maka dianggap derhaka.
7) Murid yang mempersoalkan ketulenan ilmu guru, maka dianggap derhaka.
8) Murid yang berlainan parti politik, maka dianggap derhaka.
9) Murid yang tidak mahu mengikut arahan guru, maka dianggap derhaka.

Dan banyak lagi.

Apakah sebenarnya maksud istilah derhaka itu? Apakah syarat-syaratnya dan apakah sempadan-sempadannya?

Mohon dikongsi ilmu.

Salam persilatan,

Views: 581

Reply to This

Replies to This Discussion

Salam Pendekar,

Mengikut Kamus Dewan Online, derhaka bermaksud tidak taat atau khianat kpd negara (Tuhan, orang tua, dll), menentang kekuasaan yg sah: anak yg ~ dimurkai Allah; isteri yg ~ kpd suami".Ini bermaksud bahawa derhaka bukan setakat kepada penguasa atau negara tetapi kepada Tuhan, orang tua dan lain-lain dalam kontek "menentang kekuasaan yang sah".

Inilah maksud derhaka dari sudut kamus dewan. Tetapi ramai juga orang yang menyalah-tafsir mengenai maksud sebenar perkataan dehaka ini.

1. Tidak dianggap derhaka jika mengubahsuai pengerakkan yang ade pada persilatan asalkan ianya sesuai dengan gerak tubuh kita sendiri dan dan melahirkan sesuatu yang unik. Asalkan guru itu memberi kebenaran. Setiap orang mempunyai gaya tersendiri walaupun belajar dari guru yang sama. Ianya sama seperti Hang Tuah 5 bersaudara yang belajar dari guru yang sama tetapi masing-masing mempunyai pergerakkan yang berlainan.

2. Menghadapi krisis dengan guru juga boleh dikatakan derhaka iaitu tidak taat dan kianat. Tetapi adakah salah jika menuntut ilmu dari guru kepada guru? Bukankah guru kepada guru itu yang dulunya telah mendidik guru yang sekarang itu? Saya rasa tidak salah jika kita belajar dari yang mencipta ilmu itu (guru kepada guru).

3. Tidak mengaku bermaksud menafikan hak orang lain. Ini seperti Kisah Si Tanggang yang tidak mengaku bahawa ibunya seorang yang miskin. Jika kita lihat balik maksud derhaka ianya amat bercanggah. Lebih sesuai ia dikatakan sebagai menipu (bercakap bohong). Si Tanggang memang derhaka kerana menghina ibunya, jika menghina maka tidak taat pada ibunya.

4. Ia jika lebih kurang sama seperti di no 3.

5. Menuntut ilmu silat lain adalh tidak salah kerana setiap orang ada kebebasan untuk menutut ilmu. Sabda Nabi SAW " Tuntutlah ilmu walau ke Negeri China sekalipun". Adalah tidak wajar jika dikatakan derhaka jika murid menutut pelbagai ilmu persilatan. Murid berhak menuntut ilmu dari sesiapapun asalkan ilmu itu tidak bercanggah.

6. Memang golongan ini dikatakan derhaka kerana tidak taat kepada gurunya. Setiap yang disampaikan oleh guru itu, terus dibangkang habis-habisan. Ini sangat jelas mengenaikan konsep derhaka.

7. Murid setiasa mempersoalkan ilmu yang diberikan guru kepadanya. Ini sentiasa berlaku dalam semua bidang ilmu. Sebagai guru, wajarlah dibuktikan bahawa ilmu itu benar-benar tulen seperti asal-usul, kaedah penggunaan bagi membolehkan murid benar-benar faham dan yakin dengan ilmu guru.

8. Fahaman politik yang berbeza sering menimbulkan perpecahan. Justeru, seorang guru wajarlah bersifat terbuka dengan mengenepikan fahaman politik supaya tidak timbul permusuhan antara murid dan guru. Jika semua urusan melibatkan fahaman politik maka penyatuan masyarakat Islam akan menjadi musuh. Ingat Bersatu teguh, bercerai roboh.

9. Yang ini memang jelas konsep derhakanya.



Apa yang saya berikan ini adalh pendangan dari sudut hati saya. Jika tersilap saya menyusun 10 jari mohon maaf. Jika ada yang terguris saya pohon ampu. Yang jelas dan nyata semua itu datangnya dari Yang Maha Bijaksana.
Assalamualaikum.

Kawan rasa lebih mudah jika derhaka itu dianggap sudah "mengguris hati" tak kiralah melalui percakapan atau perbuatan. Namun jika nak masuk bab berdosa atau tidak semasa perbuatan itu, Allah Maha Mangetahuinya, kita pulangkan kembali bab itu kepada hakNya.

Namun dalam persoalan alam persilatan ini, pada kawan, tiada satu pun persilatan, malah tiada satu pun seni beladiri di dunia ini adalah 'hak' individu. Kenapa? Renungkan, "Tidak bergerak satu zarah pun jika tidak digerakkan Allah. Jadi, bagi isu antara guru dan murid, kena sama-sama ikhlas dan meredhai. Jangan lupa pemilik "hak" yang sebenar. Hebat manapun, dah DIA kata lumpuh, maka lumpuh lah. Jika lemah macam manapun, jika DIA kata selamat, maka selamatlah.

Semua individu yang menyampaikan ilmu yang baik, layak dihormati dan dianggap guru. Hormatilah, walau hanya sebaris ayat sahaja yang disampaikannya. Namun kita harus sedar, bahawa hanya Nabi dan Rasul sahaja yang bersifat maksum, tiada lagi manusia yang bersifat kebal dari kesalahan dan dosa. Begitu juga para guru. Namun Islam mengajar kita berbaik sangka. Pandang semua manusia lebih mulia dari kita. Barulah dapat melawan perasaan Ujub dan Riak yang biasanya menjadi benih untuk bersifat derhaka.

Maaf jika tersalah bahasa, ilmuku yang cetek ini harap sudi direnungkan bersama. Wassalam.
Menjadi seorang GURU bukanlah untuk ditaksubkan, memadai dihormati dan disegani.
Seorang guru tetap guru dan murid belum tentu boleh menjadi seorang guru.
Akan tetapi seorang murid boleh jadi lebih hebat guru.

1) Ada guru menyampaikan ilmunya dengan ikhlas, amanah dan bertanggunjawab terhadap apa
yang disampaikan

2) Ada juga guru yang tak amanah dan hanya pentingkan diri sendiri. (IANYA TETAP GURU WAJARKAH KITA TAAT)

3) Ada guru mengajar muridnya berbohong dan oleh kerana dia seorang guru katanya ia bohong sunat.(IANYA TETAP GURU WAJARKAH KITA TAAT?)

4) Ada guru mengajar muridnya rempuh gelanggang sana sini alasan membela perguruan atau mahu menunjukkan kehebatan perguruan masing2. (IANYA TETAP SEORANG GURU WAJARKAH KITA TAAT?)
5)Ada guru mengajar murid-muridnya takbur, riak, memecahkan belahkan silaturrahim.( IANYA TETAP GURU WAJARKAH KITA TAAT?)

6) Ada guru pencuri, perompak , guru hisap dadah, guru ilmu sesat dan pelbagai guru lagi.(IANYA TETAP GURU WAJARKAH KITA KENA TAAT?)

ILMU AMAL YAKIN BERANI HANYA AKAL MEMBEZAKAN BAIK DAN BURUK ILMU ITU.
Assalamualaikum semua,

Guru hendaklah diketahui, mendapat tauliah daripada mana? Dan tauliah guru itu, adakah daripada orang yang juga menerima tauliah yang benar? Kerana perkara ini bersabit kepada keizinan mutlak daripada Allah dan RasulNya.

Sekiranya guru yang tidak mempunyai salasilah kepada keilmuan dan amalan Rasulullah, maka mengikut kebiasaannya, jauh lebih mudah terjebak dengan perkara batil seperti ajaran melanggar Islam, baik secara kebatinan atau pun secara lahiriah. Ketaatan itu mestilah lahir disebabkan ketaatan guru kepada ajaran Islam. Sekali dia derhaka kepada Islam, maka pada pendapat saya, tidak salah kita meninggalkannya, malah tidak mentaatinya lagi.

Mengikut definisi guru yang telah diberikan kepada saya, sebenar-benar guru adalah yang mentaati Islam dan dapat membimbing manusia kepada Allah, bukan menjauhi Allah. Marilah kita semua berbaik sangka dengan guru-guru kita, tetapi tetap kenal dengan sempadan baik buruk.

Dayuskah kita kaum Badang?
Yang terkenal dengan Tuah dan Jebat?
Yang masyhur dengan Kilau dan Bahaman?
Yang gemilang dengan Hanafi dan Rahman?

Ke manakah pergi kecekalan hati
Penongkah arus, insan berani
Menggagahi hari dengan bijak yang murni
Yang menerangi juang dengan jatidiri?

Mungkinkah kita masih mencari
Seorang pembimbing seorang pengganti
Namun hati buta menyedari
Mereka sudah berada di sini?

Mungkinkah juga terlalu menyayangi
Mereka yang sudah lama menjejak pergi
Lalu merias menambah seri
Pada sejarah yang tinggal memori?

Bukankah mereka insan biasa
Memainkan gerak ilham dirinya
Yang tiada daya mahupun upaya
Melainkan Dia Yang Maha Esa?

Namun mana intan mana kaca?
Adakah pembelot atau pembela?
Peliharalah diri dari fitnah mereka
Kerana berdatuk ada berguru pun iya

Silat Melayu budaya bangsa
Bohong belaka disebut jua
Mereka tidak kenangkan duduk setara
Malah memartabat yang punya sahaja

Sedarlah saudara bangkitlah segera
Silat Melayu sama tidak serupa
Jiwa pendekar memaut semua
Hanya gerak membezakan kita

Janganlah cara dijadikan punca
Mencari sengketa di antara kita
Guru membawa amanah mulia
Silap mereka sempadan kita

Biarlah diri menjadi penentu
Apa perjuangan apa halatuju
Jangan dibazir tutur gurumu
Jangan pula diturut terburu-buru


Inilah pesan seorang saudaramu
Hiba memandang jiwa Melayu
Yang menjadi jajahan sewaktu dulu
Kembali diherdik dirantai dibelenggu

Bak kata guru di zaman silam
Hidupkan kasih panjangkan salam
Sedang lapis dan pelita duduk setalam
Inikan Melayu bersendikan Islam

Wassalam,
Apalah ada pada manusia
Apa pula ukuran perkasa
Masyhurnya bangsa dengan agama
Gemilangkan zaman dengan taqwa

Cekalnya hati dengannya iman
Berani itu darinya taqwa
Gagah dan bijak bukan mainan
Ilmu dan amal sebagai sangga

Bila mencari ikhlaskan diri
Nescaya temu Mursyid Murobbi
Selagi hebat terus dicari
Kan terus buta hati nurani

Usah tenggelam dengan memori
Hingga dusta menjadi lagenda
Peluklah seri sirah Nabawi
Ilmu sebenar situ duduknya

Cari wibawa insan pilihan
Kekasih Allah dan pewarisnya
Ilmu mereka dari Al-Quran
Ilham pula petunjuk dariNya

Kaca dan intan ada sinarnya
Satu silau satu gemerlapan
Si fasiq binasa kerjaannya
Nyahkan mereka terus lupakan

Gerak budaya mampu membela
Biarlah yang haq sebagai inti
Tidak berbeza sesama kita
Cuma taqwa disisi Ilahi

Merintih merayu sukma semua
Berlapang dada sedarlah lena
Bangsa bersatu dengan agama
Silaturrahim iman puncanya

Selisih maka cari damainya
Inginkah kita semuanya punah?
Islam itu luas seluasnya
Berpegang utuh Quran dan Sunnah

Ilmu bimbingan dan kefahaman
Para ‘ulama jadi pakaian
Barulah tepat hala tujuan
Tidaklah diri tidak keruan

Berpesan kita sesama insan
Agar tiada dalam kerugian
Begitulah ingatan dari Quran
Usah diturut jalanan syaitan

Jika berseteru dimana iman?
Tidak gentarkah akan jahannam?
Cerminnya iman persaudaraan
Wajibnya maktub didalam Islam
mashaAllah! Dia (swt) Tuhan! Moga kita semua dapat dirahmati dengan menjadi hambaNya yang sebenar-benar hamba.

RSS

SMC Contributors

Thank you to those below who contributed financially to allow SMC to continue its service.
Mahadi Sabri Abdullah

Badge

Loading…

About

Advertisement

 

© 2013   Created by Mohd Nadzrin Wahab.

Badges  |  Report an Issue  |  Terms of Service